Agenda “Liveable” atau “Berdaya Huni” merupakan agenda global dan merentas kepentingan semua pemegang taruh termasuklah Kerajaan, badan bukan kerajaan, pemain industri, akademia, belia, pelajar sekolah serta perusahaan sosial.
Berdaya huni merupakan elemen penting dalam pembentukan sesebuah negara, negeri atau kawasan yang antara lain mempunyai kegiatan ekonomi yang maju, persekitaran mampan, penggunaan sumber daya yang optimum, kelestarian alam serta infrastruktur yang berkualiti.